Tuesday, June 19, 2012

Bakmi jawa

bakmi jawa adalah makanan yg terkenal di jogja. bakmi jawa ni macam mi sup tp kuah dia sgt terasa stock ayam (ayam kampung yg direbus lama, air rebusan digunakan utk buat kuah ni). bakmi jawa mesti pakai ayam kampung, klo yg pakai ayam bandar mesti tipu. hehehe. tapi yg paling malas nak pergi makan bakmi jawa ni sbb lama sangat tunggu nak masak. dieorg cuma pakai satu dapur yg menggunakan arang. kalau kita order 10, tukang masak akan masak satu2. dia takkan masak 10 trus. so, bayangkanglah yg no 10 tuh mesti dapat time yg no 1 dah sampai rumah. hehehe. tp sgt worth it utk ditunggu. :D




Sate klatak

Boleh dikatakan sate klatak ni adalah sate kambing the best in town. sate ni hanya terdapat di daerah immogiri, bantul. yg unik dr sate ini adalah daging kambing dicucuk menggunakan lidi besi seperti lidi basikal. bumbu utk sate ni cuma garam, bawang putih dan kemiri (buah keras). tp rasa dia sgt sgt best. bumbu dia meresap sampai dalam daging. sate klatak dihidangkan dengan kuah tongseng (gulai) dan sambal kicap & of course nasi. sy lebih  prefer makan dgn sambal kecap.


gambar dicuri dr blog http://tantikursyaf.blogspot.com sbb sy lupa nak snap. tq.





Selat Solo

Jeng jeng jeng...ni makanan paling baru sy try time pergi solo hari tu (dah lama sebenarnya). Selat solo ni sebenarnya steak yg dah diolah jd citarasa jawa. rasa dia manis2 sikit. tak semua org suka la. utk selat solo, pakai minced beef yg dah dicampur dgn macam2 rempah pastu grg atau pakai daging steak biasa, kita boleh pilih nak yg mana. side dishes dia ade kentang grg, salad, telur, acar bawang & timun serta mayonnaise yg dibuat sendiri. setiap kali pergi solo mesti sy mkn selat ni. hehe.

Tahu Gejrot

Hah, ni satu lagi makan tepi jalan yg dah lama sy nak try sbb kawan asrama sy asyik la promote kat sy bagitau tahu ni best. Tp kat jogja ni susah nak jumpa sbb ni makanan jawa barat. satu petang yg tenang sambil menghirup udara segar (chewah!) sy tgh jalan2 dekat dgn kampus, tiba2 nampak orang jual tahu gejrot ni. sy pun apalg trus tahan abang ni. senang je nak buat. bwg putih, bwg merah, cilipadi, garam, gula, dan air asam jawa, tidak lupa jg tahu (tahu ni yg macam tahu dlm mi kari). sedap weehhh. rasa dia pedas, masam, manis, masin. lengkaplah semua. haha. tapi lepas hari tu sy tak jumpa lagi. tak tau la dia jual kat mana sekarang. T__T


yg dalam botol besar2 tu air asam jawa. banyak gler abang ni bawak.

Sorry takde gambar proper sbb takde pinggan & sy tak sabar nak makan. hehe.

Spagetti Aglio Olio

I love this, I love this. saya suka sgt spagetti yg tak pakai gravy sebab mcm tak muak sgt kalau makan byk2. nak jg mkn byk2. hehe. so, saya google la resepi ni. rupanya senang sgt nak buat. dah la best. tp ni sy buat pakai fettuccine. lagi best drp pakai spagetti. sampai esok tuh buat lg sbb tak puas mkn. hehe.


Nasi ambeng


Sebenarnya sy try makan nasi ambeng ni sebab sy curious knp kat jogja yg mmg betul2 jawa nih takde nasi ambeng. so, bila blk rumah, ajak la papa mkn nasi ambeng ni dekat dgn OU. bila dah buka bungkus nasi nih rupa-rupanya nasi nih kalau kat indonesia nama dia ialah nasi rames. murah je klo kat sini dalam seringgit dua, tp kat malaysia mahalnyeee... rasa dia okla. ade lauk ayam pedas, ikan kering, mi grg, sambal grg tempe & tahu (kalau kat jogja nama dia oseng2) dan sambal kelapa.









Tengkleng


dulu dah pernah post pasal tengkleng ni. tp yg ni lain sikit. biasanya tengkleng tuh kuah dia macam gulai tp yg ni cair mcm sup. best la jg tp sy lebih prefer yg mcm gulai tuh. tengkleng ni adalah tulang2 kambing.

Sizzling mee


Dah lama tak mkn sizzling mee. dulu selalu jg makan kat giant shah alam. ni pun kaklong yg masak. kalau dia dtg rajin semua makanan dia masak dlm 1 hari. :p haha. favourite izzat ni. 1 mangkuk habis dia makan.

Pulut mangga

first time ni mkn pulut mangga yg kaklong buat. berpinggan2 makan. rasa mcm nak lg. dahla sekarang musim mangga kat jogja. boleh la try buat. tupun kalau rajin. hehe.